| 0 comment ]
http://www.nationalgeographic.com/geographyofwealth/gallery/iban/pic_06.jpg
Sekadar gambar penghias.

Minta ampun
enti sema jako ai pengayu bisi nyelai mimit , tang ba penyelai ia diak alai kitai berunding .

Enti sema "Taib" yau nadai ilak siapa ke calon ti nganti jadi PM Sarawak ? Iban tauka Bansa bukai ?

Enti sema Iban , bisi ke enda kitai calon Iban ti amai mujur serta nemu gadu ke pengawa Politik Sarawak ? Ai pengayu enggai nyema ke bansa bukai laban Sarawak tu sigi di wan bansa Iban Majority .

Ai Pengayu ngarap ka siti ari ila enti udah diatur ke Petara deka meda Menua Sarawak tu dipegai Bansa Iban kitai empu pia mega deka meda Nama anak Iban jadi PM Sarawak , Perdana Menteri Sarawak Sanuk anak Sanuk .

Tang kemaia meh kitai ulih meda perubahan ti bakanya? 10 tahun akan datang tauka 100 tahun ilak?

Keni Chara ?

Peransang anak kitai Dayak enggau pelajar ti Cukup . Enti agik kelia sampai SPM tauka STPM ulih dikerami tauka digawai pama anak bisi pemandai sampai tahapnya. Tang diatu ke diperlu garap ke maio agi anak Dayak bulih pelajar ti besai agik baka ke Diploma , Degree tauka Phd .

Sekadar gambar Hiasan.

Pengaya Pemandai Vs Pengaya Reta?

Enti sema diberi Petara minta nuan tauka kitai Dayak milih Pengaya Pemandai tauka Pengaya Reta , pelaba aku agi ke diatu maio milih pengaya Reta dudi agik ke gambik Pengaya Pemandai .

Nadai guna Reta ke dibantai semina deka mandang gagai bala Dayak kebukai ,tau agik reta diagih serta diberi tulung ke Bansa kitai empu.

Tang enti Pengaya Pemandai nuan ulih nerus tauka ngajar bala rebak baru ambik ke pemandai bisi diberi ke turun temurun.

Diatu anak Dayak enda baka suba , maio udah lebih advance , ukai semina meda TV tauka ninga Radio aja . Enti agi keliak dikemula ke berita TV enda meh kitai nemu.

Agi Idup Agi Ngelaban! Bersatu Dayak Sarawak Maju ke Depan!

Artikel - artikel terbaru Terus ke Email anda? Sila taipkan Email anda dibawah:

Read More - Kemaia kitai Iban ulih jadi Perdana Menteri Sarawak ?
| 0 comment ]


Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.


Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.


Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.


Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.


Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.


sumber : Malaysiakini

Artikel - artikel terbaru Terus ke Email anda? Sila taipkan Email anda dibawah:

Read More - MalaysiaKini : Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
| 1 comment ]
Kalau sokong pembangkang maka Gaji " Tuai Rumah " bakal hilang . Kalau hendak " Tuai Rumah " ada Gaji maka Sokong BN .

Itulah sinetron yang berlaku di Sarawak sekarang , kerana gelombang Pilihanraya Sarawak bakal tiba maka pelbagai jenis teknik berkempen tiba.

Sekarang Ramai Penduduk di Rumah Panjang diselubungi dilema sokong atau tidak , dan jika penduduk menentang maka Tuai Rumah akan kehilangan gajinya.

Taktik BN.

Artikel - artikel terbaru Terus ke Email anda? Sila taipkan Email anda dibawah:

Read More - Menentang BN di Sarawak maka Gaji Tuai Rumah dilupuskan.
| 0 comment ]
Isteri kepada Pengerusi DAP Sarawak dilaporkan disimbah dengan sejenis cecair oleh penunggang motosikal berhampiran bangunan Sanyan di Jalan Sanyan di Sibu pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika Irene Chang, seorang peguam mahu membuka pintu keretanya apabila dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Seorang daripada mereka, tiba-tiba menyimbah sejenis cecair kepadanya sebelum kedua-duanya memecut dari situ, kata Wong Ho Leng mengenai kejadian yang dialami isterinya itu.

Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana hanya sedikit sahaja cecair tersebut yang mengenainya, tetapi isterinya terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada isterinya. Beliau juga tidak mengetahui motif serangan.

Tahun lalu, dua kejadian membaling bahan letupan yang dipercayai mercun dilaporkan dilempar ke rumahnya, tetapi polis gagal menyelesaikan kes itu kerana kekurangan bukti.

- Bernama

Artikel - artikel terbaru Terus ke Email anda? Sila taipkan Email anda dibawah:

Read More - Irene Chang,Isteri kepada Pengerusi DAP Sarawak disimbah dengan sejenis cecair
Related Posts with Thumbnails