Lelaki mati diserang ketika makan

Wednesday, October 21, 2009

Lelaki mati diserang ketika makan
Oleh Mohd Norhadie Sahari

Anak mangsa turut cedera apabila cuba bertindak melindungi bapanya

MIRI: Seorang lelaki ditetak sehingga mati manakala anak lelakinya cedera parah apabila mereka diserang oleh sekumpulan remaja bersenjatakan parang di sebuah restoran di Bandar Baru Permyjaya di Tudan di sini, malam semalam.Lelaki Cina berusia 49 tahun itu diserang dengan objek tajam di bahagian kepala dan badannya ketika sedang makan di restoran berkenaan.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jamaludin Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam, mangsa diserang sekumpulan lelaki ketika sedang makan bersama adik dan anaknya di sebuah kedai makan di Permyjaya.

Menurut sumber, beberapa buah kereta tiba di hadapan kedai makan berkenaan dan sekumpulan lelaki turun dari kenderaan masing-masing sambil membawa senjata tajam, dipercayai parang.

Kesemua suspek lelaki itu kemudiannya menuju ke arah mangsa dan terus menyerang mangsa dengan senjata tajam berkenaan.

Mangsa cuba melarikan diri ke arah belakang kedai makan tersebut, tetapi terus dikepung kumpulan lelaki terbabit dan menyerangnya.

Anak mangsa yang terkejut dengan kejadian itu bertindak melindungi bapanya daripada terus diserang, bagaimanapun dia turut mengalami kecederaan tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Selepas menyerang mangsa, kumpulan lelaki terbabit dikatakan turut merosakkan kereta mangsa yang diletakkan tidak jauh dari kedai makan berkenaan sebelum mereka beredar meninggalkan tempat kejadian.

Polis mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya, dipercayai diserang dengan objek tajam,” kata Jamaludin.

Ditanya sama ada kumpulan lelaki yang menyerang mangsa kumpulan gengster, Jamaludin menjelaskan pihak polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan sudah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dalam serangan itu.

Jamaludin turut menasihatkan supaya semua suspek dalam kejadian itu menyerah diri kepada pihak polis sementara orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu polis.

http://www.theborneopost.com/?p=60243

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH


Artikel - artikel terbaru Terus ke Email anda? Sila taipkan Email anda dibawah:

0 comment:

Post a Comment

Kepada Komentar - Komentar Sekalian , sebelum anda komen sila ikut Rules Ai Pengayu Di bawah. Jika tak nak ikut Rules Ai Pengayu sila Tinggalkan Blog ini.

1: Terlajak perahu boleh diundur , terlajak Taip tekan BackSpace , Terlajak Enter? habis ceriter...
2: Tiada Iklan Murahan
3: Segala betuk ganguan sexual tidak dibenarkan. (OMG)
4: Sila Basuh tangan anda sebelum Komen

Tuan Tanah,
Ai Pengayu
Agi Idup Agi Ngelaban

Related Posts with Thumbnails
 
 
 
 
Blogged.my Add to Plusmo